Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, February 18, 2011

cerpen aku ngan zal..

      cikgu ara..
     Suasana senyap seketika.  Dunia bagaikan terhenti berputar buat beberapa saat selepas melihat gadis itu.  Hanya bunyi tapak kasut yang kedengaran.  Semua ibarat terpukau melihat kecantikan gadis itu.  Matanya yang redup dan mempunyai alis mata yang melentik mampu meluruhkan mana-mana hati lelaki yang memandang.  Rambutnya yang sememangnya lurus diselak apabila ditiup angin, menyerlahkan lagi warna rambutnya yang keperangan itu.  Dan dialah…
             “Saleha!” suara jeritan Cikgu Asna bergema di dalam kelas.  Saleha yang sedang berangan tersentak dek suara lantang jeritan Cikgu Asna tadi.  ‘Huh! Kacau lah cikgu ni, orang tengah syok berangan, dia pula potong. Haishh’, gumamnya sendiri. “Saleha”.  “Ya cikgu,, urm mengapa?” sambut Saleha sambil terpinga-pinga. “Tahukah apa hukuman kalau tidak fokus dalam kelas saya?” Saleha terangguk-angguk.sambil membetulkan kaca matanya ala-ala ‘ugly betty’ itu.  Dia kemudiannya bangun dan berdiri di atas kerusi disertai hilai tawa pelajar lelaki yang duduk di belakang kelas.  Rambutnya yang ditocang dua dan kelihatan kasar langsung tidak ada dalam karakter  yang diangan-angankan.  Cikgu Asna guru matematik kesayangan kelas itu hanya memandang sahaja sambil mencekak pinggang.  Dia kemudiannya menyambung semula mata pelajaran mereka pada hari itu tanpa mempedulikan Saleha.  Saleha hanya mengeluh dan diam.
               Keesokannya, Saleha bersemangat untuk kesekolah kerana dia ingin meminta maaf kepada Cikgu Asna atas kesalahannya semalam.  Dia ingin menebus kembali kesilapannya dan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.  Dia menyikat rambutnya untuk ditocang seperti biasa.  Ketika meratakan bedak pada mukanya, kepalanya tiba-tiba terasa berat.  Pandangannya berpinar-pinar dan dunia ibarat berpusing.  Selepas itu,pandangannya menjadi gelap dan dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.  Apabila dia bangun sahaja,dia terus melihat jam yang sudah menunjukkan 11.30 pagi. ‘ Alamak, tak dapat pergi sekolah hari ini.’ getus hatinya.  Dia bangun dan melihat memo yang ditinggalkan mamanya di .atas meja.  Memo itu berbunyi, ’mama sudah menyiapkan sarapan,you’re okey,don’t worry,doktor sudah periksa,makan ubat dan tidur,love mama..’  Itulah kehidupan Saleha yang  jarang sekali diberikan perhatian oleh ibubapanya yang sentiasa sibuk dengan hal pekerjaan.
            Seluruh sekolah digemparkan dengan kemalangan yang dialami oleh Cikgu Asna.  Cikgu Asna dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan.  Saleha yang agak lambat dealam mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekolah, hanya mengetahui perkara itu pada waktu rehat itu pun dari dua orang sahabat karibnya,Janett dan Kamilla.  Janett seorang gadis berbangsa Cina yang sangat peramah dan Kamilla pula ialah gadis berbangsa india yang bijak.  “Lah,yakah? Baru aku tahu sekarang, kasihannya!”ujar Saleha.  “Yalah,awak tahu manyak lambat maa..” Janett menyambut kata-kata Saleha itu.  Mereka bertiga berjalan ke arah meja untuk menikmati makanan yang mereka beli.  Sampai sahaja mereka di meja itu,mereka dihalang oleh sekumpulan gadis gadis ‘taiko’ sekolah. 
“Hoi, ni  meja kitorang la.  Orang yang ‘hot’ macam kitorang ni sahaja yang boleh duduk di sini.  Orang yang tak ‘hot’ macam korang pula, dipersilakan duduk di sana tu hah!”salah seorang ahli kumpulan itu berkata sambil jarinya menuding ke arah sebuah meja kotor dan berdekatan dengan tong sampah.
           Secara tiba-tiba timbul keberanian dalam diri Saleha.  Dia secara tiba-tiba menghempas pinggannya ke atas meja.  Semua orang terkejut dengan perlakuan Saleha.
           Tiba-tiba dia berkata, “kami sampai dulu, jadi kami lah yang akan duduk meja ini. Kalian yang  ‘hot’ tu pula pergilah duduk di meja, kan dekat dengan kipas.  Nanti hot sangat, perpeluh-peluh pula.” Semua orang bagai terpinga-pinga. “Apa lagi, blah lah!”jerit Saleha.  Dengan serta merta kumpulan gadis itu pergi dari situ. Kedua-dua sahabatnya memuji-muji keberanian Saleha itu.  Kembang hidungnya apabila dipuji sedemikian rupa.  Aduh saleha..! 
           Kelas 5 Eterma itu gamat dengan hilai tawa pelajar-pelajar.  Mereka kelihatan sangat gembira kerana menyangka tiada guru ganti untuk kelas matematik pada hari itu.  Sangkaan mereka meleset apabila mendengar bunyi tapak kasut.  Semuanya menggelabah duduk di tempat masing-masing.  Mereka semua terpana apabila melihat seorang guru perempuan masuk ke dalam kelas mereka.  Bauan semerbak menusuk ke lubang hidung.  Saleha terpegun.  Bibir mungilnya mengukir senyuman. ‘Cantiknya cikgu ini.. macam diangan-angankan olehku..’ gumamnya sendiri.
       “Assalamualaikum  semua, nama saya Cikgu Aranabella.  Kamu semua boleh panggil saya Cikgu Ara saja.  Saya akan menggantikan  tempat Cikgu Asna utntuk mengajar kamu subjek Matematik.”  sedikit kata alu-aluan dari cikgu baru itu.  Hatinya berbunga –bunga.  Minat dan semangatnya untuk belajar semakin mekar bagai bunga yang makin mekar di taman hatinya.  ”Awak yang di belakang tu,tolong buka  buku teks kamu sekarang dan bawa keluar  kertas edaran yang diberikan oleh Cikgu Asna pada  minggu lepas .” suara lunak Cikgu Ara  menegur Saleha yang masih lagi terpaku melihat kecantikan cikgu itu.  “Baiklah,cikgu!” senyumannya melebar.  Semua pelajar bersemangat untuk untuk belajar pada hari itu.  Akhirnya Saleha bertemu juga dengan idola hatinya.
      Saleha tergesa-gesa kerana dia sudah lambat untuk masuk ke dalam kelas.  Perutnya yang memulas-mulas pagi tadi menyababkan dia terlewat selama lima belas minit.  Dia bertambah kalut apabila beg yang diletakkan di atas kerusi telah hilang.  Dalam kekalutan itu, dia terlihat sehelai kertas yang dilipat dua diatas kerusi itu.  Saleha mengambil kertas itu lalu membacanya.  Surat itu berbunyi ,’beg dan semua barang berharga kau ada dalam stor.  Kalau kau mahu semula diari kesayangan kau itu,pergi ke stor itu sekarang’.  Tanpa berfikir panjang ,dia terus berlari ke stor itu.  Sampainya dia ke dalam stor, dia terus meluru masuk untuk mencari begnya.  Sewaktu dia berjaln semakin jauh kedalam, dia mendengar bunyi pintu ditutup.  Dengan segera dia berlari kearah pintu .”Woi!!! buka pintu ni! “ katanya sambil bertalu –talu mengetuk pintu.  ”Biar padan  muka kau! Inilah balasannya sebab cari pasal dengan kami di kantin tempoh hari!”  Suara dari seorang perempuan kedengarn yang diiringi dengan hilai tawa.  Saleha hampir menangis di situ.  Tiba-tiba ulu hatinya terasa pedih yang amat sangat.  Dia terduduk.  Kepalanya sangat sakit.  Pandangannya berpinar dan akhirnya gelap.
     ”Di manakah aku?”  tanya Saleha yang belum lagi membuka mata.  Apabila dia membuka sahaja matanya,dia terkejut sekaligus teruja melihat Cikgu Ara yang sudah berada di hadapannya.  “Cikgu,bagaimana saya boleh berada disini?” tanya Saleha .  “Oh..tiada apa-apa,saya terjumpa awak pengsan di dalam stor.  Jangan  risau yang mengunci awak itu telah pun saya mengambil tindakan.”  panjang lebar penjelasan Cikgu Ara.  “Cikgu ,mengapa banyak sangat wayar ni?” tanya saleha merujuk kepada wayar  yang dilekatkan pada tangannya.  “Oh..tiada apa-apa.  Awak berehatlah.” kata-kata Cikgu Ara menghabiskan bicara.  Saleha terdiam.  Otaknya ligat berfikir lebih –lebih lagi setelah melihat dia berada di dalam wad unit rawatan intensif.  Ibunya pula masuk menggantikan Cikgu Ara yang sudah keluar.  Kelihatan mata ibunya masih lagi berbekas airmata namun dia tidak mengendurkan senyuman di wajahnya.  “Saleha,mama mahu berbicara sedikit dengan kamu. Harap kamu ..” ibunya sudah menangis teresak-esak tanpa menghabiskan kata-katanya.  “Saleha,kamu berada di tahap kritikal.  Hati kamu terkena jangkitan kuman..kamu…kamu ..hanya mempunyai masa enam bulan sahaja untuk hidup.”  Kata-kata itu ibarat beban yang sangat berat jatuh diatas punduknya.
       Saleha yang pada mulanya seorang gadis yang sangat periang kini berubah menjadi sebaliknya.  Dia sudah tidak seriang dulu.  Hanya seorang sahaja yang boleh mengundang senyuman di bibirnya iaitu Cikgu Ara. “Cikgu,saya mahu meminta cikgu membimbing saya belajar untuk SPM  tahun ini.  Saya mahu menjadikan SPM saya yang terakhir ini dapat membanggakan semua orang.”  Saleha memotong kata-kata Cikgu Ara ketika sedang berbual.  “Insyaallah ,saya akan tolong”.balas Cikgu Ara.  “Dan satu  lagi cikgu,saya harap cikgu dapat mewakili saya untuk mengambil keputusan SPM saya  nanti,saya rasa saya tidak akan sempat.” Saleha berkata sambil menangis .”Saleha,ajal dan maut itu ditangan tuhan ,bukan doktor.”  Cikgu Ara memberi kata-kata semangat.  Saleha tersenyum hambar.
        Setelah dua bulan berlalu, menandakan juga berakhirnya peperiksaaan SPM.  Saleha sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan peperiksaaan dengan lancar.  Ditambah pula dengan satu berita gembira yang diterima oleh ibunya.  “Saleha,kejutan untuk Leha kerana ada penderma yang sudi hendak menderma hati pada  Leha!” ibunya sangat gembira lalu memeluk dan mencium anaknya.  “Alhamdulillah,mama!”  Saleha sangat gembira sehingga mengalirkan air mata.
          Dia cuba menghubungi Cikgu ara untuk mengkhabarkan berita gembira itu pada Cikgu Ara, namun tidak dapat dihubungi. Kerinduannya pada Cikgu Ara semakin bertambah namun sentiasa terubat kerinduannya itu dengan beribadah kepada Allah SWT.  Sujudnya menandakan syukur yang teramat kepada yang Maha Esa.
         Setibanya hari pembedahan,dia masih lagi tidak dapat menghubungi cikgu kesayangannya itu.  Rakan-rakannya juga tidak dapat menghubungi dan tidak tahu di mana Cikgu Ara berada.  Hatinya resah namun pembedahan itu harus dilakukan juga.  Diiringi dengan doa dan tawakal, dia di bawa masuk ke bilik pembedahan.
         Dua bulan selepas pembedahan, hidupnya berubah serta merta.  Kehidupannya bertambah gembira malah ibu bapanya juga meluangkan lebih banyak masa bersama dia.  Cuma hatinya sahaja masih tidak tenteram memikirkan tentang Cikgu Ara yang hilang begitu sahaja.  Dia sentiasa memohon pada Illahi untuk member petunjuk tentang Cikgu Ara kesayangannya itu.
           Pada suatu hari, Saleha menerima sepucuk surat. Sehabisnya membaca surat itu, dia terduduk.  Otaknya ibarat terbejat.  Saleha menangis semahu-mahunya.  Dia tidak menyangka bahawa hatinya selama ini adalah milik guru kesayangannya.  Dengan serta merta dia terbayang kenangan bersama Cikgu Ara.  Dia memeluk surat itu sambil menangis dan berdoa kepada Tuhan supaya mengampunkan dosa gurunya itu serta dimasukkan ke dalam golongan yang beriman lagi bertakwa.
         Cikgu,semoga cikgu bahagia di alam sana.  Pengorbanan cikgu sangat besar buat saya.  Saya akan jaga hati saya sebaiknya kerana sekarang cikgu adalah sebahagian daripada diri saya.  Terima kasih, cikgu!  Saleha berkata dalam hati.